My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 6 October 2016

    Kekayaan Trump Susut RM3.2 Bilion




    Hasrat Donald Trump untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) dilihat menjejaskan kewangannya apabila kekayaan calon Parti Republikan itu susut sehingga AS$800 juta (RM3.2 bilion) tahun lalu, kata majalah Forbes kelmarin. 

    Menurut Forbes, Trump menjunam 35 anak tangga dalam senarai individu terkaya AS itu. Majalah perniagaan tersebut menyatakan, taikun hartanah itu kini mempunyai kekayaan AS$3.7 bilion (RM15.3 bilion), merosot berbanding AS$4.5 bi­lion (RM18.6 bilion) pada Mac lalu. Trump sebelum ini bercakap besar bahawa asetnya berjumlah AS$10 bilion (RM41.3 bilion).

    Malah, beliau menjadikan kekayaannya sebagai modal untuk meraih sokongan dalam kempen untuk menduduki kerusi White House. Kata Forbes, kedudukan bilionair itu dalam senarai 400 individu terkaya AS telah merosot dengan beliau kini menduduki tangga ke-156.

    “Kelembapan pasaran harta­nah Bandar Raya New York terutamanya dalam sektor peruncitan dan pejabat menyaksikan nilai hartanah semakin menurun dan menyebabkan kekayaannya merosot,” demikian menurut majalah tersebut.

    Forbes yang menilai 28 aset Trump menyatakan, sebanyak 18 asetnya mengalami kejatuhan nilai termasuk bangunan Trump Tower di New York dan kelab persendiriannya di Palm Beach, Florida. Trump memperuntukkan sebanyak AS$7 juta (RM29 juta) untuk kempen politiknya dan menyuntik dana tambahan berjumlah AS$48 juta (RM199 juta) yang dikira sebagai perbelanjaan hangus, kata Forbes.

    Beliau memulakan kempen politiknya pada Jun 2015. Sementara itu, bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menduduki tangga keenam senarai berkenaan. Pengasas gergasi teknologi Mic­rosoft, Bill Gates sekali lagi berada di tempat pertama senarai Forbes dengan kekayaan bersih bernilai AS$81 bilion (RM335.2 bilion).

    Malah, Gates mengungguli senarai sama selama 23 tahun berturut-turut. Kesemua bilionair AS dalam senarai Forbes kali ini memiliki kekayaan keseluruhan mencecah AS$2.4 trilion (RM9.9 trilion) meningkat daripada AS$2.34 trilion (RM9.6 trilion) pada 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kekayaan Trump Susut RM3.2 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top