My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 8 October 2016

    'Tolong Main Pakai Otak'


    Pasukan bola sepak Malaysia menjadi fokus sekali lagi dengan pelbagai situasi yang timbul kebelakangan ini. Keputusan Johor Darul Ta’zim (JDT II) memanggil balik beberapa pemain dan kemudiannya melaporkan diri sekali lagi seperti mana syarat ditetapkan badan induk bola sepak paling korup FIFA, menunjukkan keretakan perhubungan di antara kelab dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

    Isu ‘memanggil balik’ tidak harus berlaku kerana pengurusan pasukan harus lebih berwaspada dan peka dengan peraturan ditetapkan. Mujur pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) sentiasa ‘on the ball’ serta bertanggungjawab melindungi aset kelab.

    Sejak wira bola sepak tertentu memekik perkara ‘naturalisasi’ dan seorang ejen menjelajah dunia mencari pemain bola sepak yang mempunyai setitik darah hubungan dengan Malaysia, maka bola sepak negara makin merosot. Pemain yang datangnya dari divisyen kelapan bola sepak amatur akan terus mempamerkan prestasi amatur.

    Apa logiknya pemain yang dilahirkan di luar dan beraksi dalam liga amatur dijangkakan mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi? Dikhabarkan pasukan Kelantan bakal kehilangan penaja utama yang riuh sekampung apabila membabitkan diri dalam sukan bola sepak tempatan.

    Penaja ini mungkin tidak menyedari bola sepak adalah sukan yang menyerap wang ringgit tanpa pulangan berbaloi kerana Kelantan seperti pasukan lain, tidak mempunyai kesedaran, matlamat serta visi jangka masa panjang.

    Justeru, apa jua sasaran diletakkan penaja tidak akan berhasil. Adakah penaja membuat kajian ‘due diligence’ terlebih dulu mengenai kedudukan pasukan serta kelab? Mungkin ramai akan tertawa membaca perkataan ‘due diligence’ ini kerana lebih kepada keadaan kewangan serta aset dan liabiliti sesebuah syarikat atau korporat.

    Adakah Kelantan dalam fasa membina semula pasukan atau fasa perubahan? Atau adakah Kelantan berada dalam zaman kemuncak mereka? Bagaimana pula kedudukan aset kelab? Kelantan mengalami zaman kemuncak mereka dari 2010 hingga 2013 dengan meraih pelbagai piala. Pasukan ini mengekalkan era kegemilangan mereka selama empat tahun.

    Tetapi bagi tempoh 2014 hingga 2016, dalam jangka masa tiga tahun itu, tidak kelihatan fasa mana yang sedang dialami pasukan itu. Jelas mereka bukan dalam fasa peralihan atau membina semula pasukan lantaran kekerapan pihak kejurulatihan diganti selain memerah tenaga pemain yang semakin kehilangan sentuhan.

    Adakah pasukan ini mempunyai kestabilan serta kemajuan di peringkat umur yang boleh menghasilkan produk berkualiti atau aset untuk membantu mereka bangkit ke tahap tertinggi sekali lagi? Apabila penaja mengetuk pintu sebuah pasukan yang dalam situasi ketidaktentuan, maka mereka seharusnya sabar kerana gagal melakukan ‘due diligence’.

    Soalan seterusnya untuk penaja, adakah wujud ‘kertas biru’ untuk membawa pasukan ini kembali ke tahap kemuncak atau adakah cek yang menjadi kertas biru? Adakalanya, terfikir juga agar perlawanan persahabatan yang membabitkan pasukan Bawah 22 tidak disiarkan di kaca televisyen.

    Separuh masa pertama perlawanan Bawah 22 menentang pasukan senior Brunei begitu rendah tahapnya seumpama Liga FAM. Tetapi apa nak buat! Inilah masa depan bola sepak Malaysia dan selepas 45 minit pertama, terpaksa minum tiga cawan kopi supaya tidak tertidur menyaksikan aksi separuh masa kedua!

    Pasukan Brunei tidak akan menjuarai Liga FAM apatah lagi menggegarkan bola sepak ASEAN tetapi hanya di separuh masa kedua saja kita bermula tenang serta bermain menggunakan minda. Jelas pasukan Franck Bernhardt masih lagi tiada identiti permainan!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Tolong Main Pakai Otak' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top