Politik di pihak pembangkang memang bercelaru. Manakan tidak, ada sahaja isu yang timbul disebalik usaha mereka menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan parti terbaik bagi menggantikan Barisan Nasional.
Paling mencuri tumpuan adalah kemelut memilih siapakah yang layak untuk di angkat sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Sehingga hari ini, sekurang-kurangnya 3 nama kini sedang hangat dikaitkan dengan jawatan tertinggi negara ini.

Tidak lama kemudian, secaara tiba-tiba Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Penawaran Mahathir ini pantas mendapat respon dari PKR yang menyifatkan hasrat Mahathir ini tidak realistik dan mengarut. Ini kerana PPBM sendiri mempunyai satu kerusi Parlimen dan dianggap pasti paling kerdil di dalam Pakatan Harapan.
Melihat kepada perebutan jawatan Perdana Menteri di dalam Pakatan Harapan ini, individu yang boleh tersenyum lebar sambil bertepuk tangan adalah Lim Kit Siang. Ini kerana, sejak dari dahulu lagi, Kit Siang enggan melihat mana-mana pemimpin Melayu bersatu kerana baginya, ia merupakan ancaman terbesar buat DAP.
Kit Siang pastinya mahu melihat perebutan ini akan berterusan kerana dia tahu, sekiranya mana-mana parti komponen Pakatan Harapan ini mampu berdiri kukuh, ianya bakal memberi ancaman kepada pengaruh dan kuasa DAP.

Malah, hari ini, Kit Siang lebih senang berdiam diri sewaktu PKR, PPBM dan PAN bercakaran sesama sendiri. Justeru, bolehlah dianggap, apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan hari ini sememangnya dimahukan Kit Siang bagi menjamin kekuatan DAP. Adalah amat malang, Melayu di dalam Pakatan Harapan begitu mudah diperbodohkan Kit Siang hanya dengan 1 jawatan.
0 comments:
Post a Comment