My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 10 June 2017

    Aksi Drama Kejar Mengejar




    Cubaan berani remaja berusia 17 tahun melarikan diri dengan memandu kereta secara berbahaya semata-mata mengelak pemeriksaan polis mencetuskan adegan kejar-mengejar di Jalan Sungai Nyigu di sini, semalam. 

    Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, pelajar sebuah sekolah menengah di sini bersama rakan perempuan sebayanya melolos diri daripada pemeriksaan polis sebelum memecut menuju bandar Bintulu.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Bintulu, Superintenden Zailani Amit dalam kenyataannya semalam berkata, ketika kejadian unit MPV menahan kereta dipandu remaja berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.

    “Namun dia melarikan diri dengan memecut laju kereta dipandunya menuju ke arah bandar Bintulu. Unit MPV kemudian mengejarnya kerana lari daripada pemeriksaan serta memandu secara berbahaya,” katanya.

    Jelas Zailani, sampai di satu lorong Jalan Sungai Nyigu, suspek keluar menuju ke jalan utama sebelum merempuh kenderaan MPV dari arah hadapan. Katanya, akibat pelanggaran itu remaja berkenan cedera termasuk seorang anggota Unit MPV dan kedua-dua remaja berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

    "Pemeriksaan awal mendapati punca remaja itu mengelak pemeriksaan kerana tidak mempunyai lesen memandu dan faktor kedua kereta berkenaan kepunyaan bapanya,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Drama Kejar Mengejar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top