Di dunia hari ini, cukup sukar untuk mencari sebuah kerajaan yang benar-benar mengambil berat akan kebajikan dan keperluan rakyatnya. Boleh dikatakan, ada sahaja golongan yang akan tercicir disebabkan kehendak semasa mahupun tuntutan situasi sesebuah kerajaan. Namun, di Malaysia, perkara sedemikian hampir tidak berlaku sepanjang pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Bayangkan, segala keperluan rakyat hari ini sentiasa dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri. Lihat sahaja bentuk bantuan yang senantiasa disalurkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang telah dilantik bagi membantu apa jua keperluan rakyat hari ini.
Tidak dinafikan, keadaan semasa ekonomi memang memberi tekanan tambahan kepada rakyat. Namun begitu, dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan, semua ini sedikit sebanyak mampu ditangani dengan berkesan walaupun pada masa yang sama, segala bentuk bantuan ini kerap kali dipertikaikan.
Bayangkan, jika anak-anak mahu kesekolah, kerajaan memberikan bantuan kewangan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia, skim pinjaman buku teks, tempat pembelajaran yang selesa serta tenaga pengajar profesional yang gajinya dibayar penuh oleh kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, rungutan orang ramai tentang kenaikan harga barangan telah mendorong kerajaan membukan Kedai Rakyat 1 Malaysia yang kini boleh mencakupi setiap ruang dan daerah di seluruh negara.
Untuk menyambut hari raya pula, kerajaan saban tahun memberikan bantuan khas kepada kira-kira 1.6 juta kakitangan awam bagi membantu mereka membuat persiapan hari raya. Malah, BR1M juga di awalkan bagi membantu golongan B40 membuat persiapan yang sama.
Terbaru, kerajaan telah menyasarkan semua penerima BR1M bagi golongan B40 akan menerima dekoder MYTV di bawah program myFreeview secara percuma secara berperingkat-peringkat di seluruh negara. Ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan siaran yang lebih baik secara digital kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua fahaman politik.
Sebenarnya, cukup banyak yang mahu disenaraikan apa yang telah kerajaan lakukan kepada rakyatnya. Itu belum lagi menyentuh tentang bantuan yang disediakan melalui agensi seperi MARA, TEKUN, AIM, PNB, PUNB dan banyak lagi bagi bumiputera yang mahu memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Malah, pelbagai inisiatif dan skim perumahan, perundangan dan lain-lain lagi turut disediakan kerajaan kepada rakyat bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan. tidak ketinggalan juga, penambah baikan jaringan jalan raya dan sistem rel negara juga di lakukan secara berperingkat.
Cuba kita meletakkan diri kita sebagai warga asing yang mendiami negara-negara jiran kita, adakah kita kaan menikmati apa yang telah di sediakan kerajaan hari ini? Sudah tentu tidak. Itulah yang menghairankan, kenapa masih ada dikalangan rakyat di negara ini langsung tidak mengsyukuri nikmat yang telah disediakan oleh kerajaan terhadap rakyatnya?
0 comments:
Post a Comment