My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 June 2017

    EPL Kembali Bingit 12 Ogos



    JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea memulakan kempen mempertahan gelaran menentang Burnley di tempat sendiri sebaik musim baru membuka saingan pada 12-13 Ogos ini. 

    Senarai perlawanan EPL musim 2017/2018 dikeluarkan hari ini, skuad Antonio Conte akan bertandang ke Tottenham Hotspur. Spurs akan beraksi semua perlawanan tempat sendiri di Wembley kerana White Hart Lane dalam proses naik taraf.

    Manchester City bertandang menentang pasukan baru naik EPL, Brighton and Hove Albion. Juara Liga Europa, Manchester United menanti kunjungan West Ham United di Old Trafford. Liverpool akan berdepan Watford di bawah pengurusan baru Marco Silva di Vicarage Road manakala Spurs akan bertandang menentang pemenang Liga Kejuaraan, Newcastle United.

     Skuad Huddersfield Town kali terakhir bermain liga utama 45 tahun lalu beraksi di Crystal Palace. Arsenal pula bermain di gelanggang melawan Leicester City. Everton memulakan saingan di tempat sendiri menentang Stoke City. Aksi minggu pertama menyaksikan Swansea City berkunjung ke Southampton dan Bournemouth bermain di West Bromwich Albion.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: EPL Kembali Bingit 12 Ogos Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top