Kebelakangan ini, begitu banyak cakap-cakap belakang yang mengaitkan MCA dengan pelbagai perkara. Paling mengecewakan adalah apabila ada beberapa pihak yang mendakwa, MCA tidak akan mampu membantu apa-apa dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Sebenarnya, mungkin ada lagi yang tidak menyedari bahawa MCA telah mengenal pasti kawasan yang mahu dipertahan dan dirampas semula pada Pilihan Raya Umum yang ke 14, lebih setahun yang lalu. Pelbagai gerak kerja telah diatur dan telah dilaksanakan dengan berkesan dan mendapat sambutan dikalangan para pengundi.
Dalam beberapa gerak kerja yang telah dilakukan, para pemimpin MCA sendiri telah turun padang bersama-sama calon-calon yang telah di kenal pasti lebih awal untuk dididik untuk berkhidmat kepada masyarakat.
MCA benar-benar mahu berubah dari terus lena di buai kemenangan silam kepada sebuah parti yang mampu bekerja keras untuk membantu Barisan Nasional bagi mencapai kemenangan mutlak kelak.
Apa sahaja halangan yang cuba diwujudkan oleh DAP dan Pakatan Harapan telah diharungi dan sehingga hari ini, ianya tidak mampu menggoyah kemahuan para pemimpin dan bakal-bakal calon MCA untuk memenangi detik penentuan berkenaan.
Mudah untuk difahami bahawa DAP hari ini begitu giat menyebarkan propaganda yang mendakwa MCA menuntut pelbagai perkara daripada Kerajaan Persekutuan. Suka diingatkan bahawa, MCA mahu membuktikan dahulu kemampuan sebelum boleh berbicara tentang jawatan atau apa jua tawaran yang akan dibuat oleh kerajaan.
Andai MCA menyebarkan kemahuan tanpa membuktikan apa-apa, adakah Datuk Seri Mohd Najib akan meluluskannya? Sudah tentu tidak. Justeru, adalah lebih baik buat MCA bekerja dengan lebih keras, membantu kemenangan Barisan Nasional dan seterusnya mengukuhkan kekuasaan Barisan Nasional di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment