Misteri kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di Johor baru-baru ini menimbulkan tanda tanya selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa barangan tersebut telah sampai ke Belanda.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata, kontena tersebut tidak hilang sebaliknya telah tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.
Katanya, bagaimanapun pihak JKDM sedang menjalankan siasatan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh pihak berkaitan ketika melepaskan dagangan tersebut yang tidak mempunyai permit untuk disimpan di negara ini.
“Siasatan sedang dijalankan oleh JKDM sebenarnya lebih menjurus kepada pematuhan SOP dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment