My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 14 June 2017

    Tiada Apa Yang Berubah Di Larkin



    SKUAD Harimau Malaya gagal ujian pertama di bawah jurulatih baharu, Nelo Vingada apabila tewas 1-2 kepada Lebanon pada aksi peringkat Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin lama tadi. 

    Walaupun tampil dengan rentak permainan yang berbeza tetapi skuad negara yang menghuni ranking ke-155 dunia gagal mengekalkan rentak cemerlang tersebut sehingga ke penghujung perlawanan. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri juga gagal dipergunakan untuk mempamerkan kejantanan mereka.

    Sikap leka pada minit-minit terakhir permainan telah mengakibatkan pintu gol mereka bocor menerusi jaringan Rabih Ataya pada minit ke-79 dan masa kecederaan. Sebelum itu, Malaysia mendahului permainan menerusi jaringan Mahalli Jasuli pada minit ke-43, namun kelebihan tersebut gagal dipertahankan gara-gara kelekaan barisan pertahanan pada penghujung perlawanan.

    Lebanon yang menghuni ranking ke-135 dunia, memulakan permainan dengan rentak perlahan, namun tampil lebih bertenaga pada separuh masa kedua dan mereka dilihat lebih banyak menguasai perlawanan berbanding rentak pada separuh masa pertama. Gaya permainan mereka lebih kemas dan terancang, namun hasrat pasukan pelawat itu untuk berpesta gol dinafikan penyudah yang lemah. 

    Mereka mula memperlihat taring sebenar pada penghujung permainan apabila mudah memerangkap barisan pertahanan skuad Harimau Malaya yang menyaksikan pasukan pelawat itu menjaringkan dua gol.

    Ia merupakan kemenangan kedua buat Lebanon pada aksi peringkat Kumpulan B selepas menang 2-0 ke atas Hong Kong pada 28 Mac lalu, sekali gus mendahului kedudukan dengan mengumpul enam mata. Malaysia menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Apa Yang Berubah Di Larkin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top