My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 June 2017

    Komander Baru, Moto Pun Baru



    Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan mengembalikan motonya ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ di bawah Komander baharunya Datuk Hazani Ghazali. Hazani berkata, ia selaras dengan komitmen ESSCom untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dan kedaulatan negeri Sabah dipertahankan. 

    "Saya menjangkakan me-ngembalikan moto Tiada Hari Tanpa Operasi di ESSZone,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas antara beliau dengan Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bersara wajib, di sini, semalam.

    Moto Tiada Hari Tanpa Operasi merujuk kepada operasi bersepadu membanteras pendatang asing tanpa izin. Majlis serah terima tugas itu itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku pengerusi ESSZone.

    Hazani sebelum ini merupakan Komander Unit Tindakan Khas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman. Beliau pernah bertugas di ESSCom pada 2013 hingga 2015.

    Sementara itu, Wan Abdul Bari telah menjadi komander ESSCom sejak Disember 2015, mengucapkan penghargaan kepada Musa selaku pengerusi ESSZone atas nasihat dan bimbingan ketika beliau melaksanakan tugas sebagai Komander ESSCom.

    Menurutnya tanpa bimbingan dan tunjuk ajar oleh ketua menteri Sabah, mungkin ESSCom tidak bergerak lancar sehingga ke hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan ESSCom, kerajaan negeri Sabah dan penduduk di ESSZone atas sokongan diberikan kepada ESSCom.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Komander Baru, Moto Pun Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top