• PANAS

    Thursday, 15 June 2017

    Guru Ditahan Kerana Meliwat



    Seorang guru lelaki ditahan polis selepas dipercayai meliwat seorang pelajar lelaki tidak kurang daripada 50 kali sejak Ogos 2015 sebelum kes tersebut terbongkar, kelmarin. 

    Perbuatan terkutuk itu dipercayai bermula di sebuah sekolah rendah di Kapit dengan mangsa mendakwa diliwat guru berkenaan sebanyak 20 kali di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapit antara Ogos dan Disember 2015.

    Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa turut mendakwa diliwat guru terbabit kira-kira 30 kali sepanjang tahun lepas di sebuah rumah di Kemuyang di sini. Menurut Jimmy, mangsa yang kini berusia 14 tahun dan bersekolah di peringkat menengah, dipercayai sering diajak oleh guru berumur 42 tahun itu menginap di hotel bajet sejak bersekolah di Mukah.

    “Mangsa mendakwa diliwat sebanyak lima kali oleh bekas gurunya itu antara Februari dan Mei tahun ini (di Mukah) sebelum perbuatan terkutuk itu terbongkar,” katanya semalam.

    Jimmy memberitahu, pelajar terbabit tidak berani mengadu kepada sesiapa selama ini kerana takut kepada suspek. Mangsa dikatakan tidak terdaya dibelenggu igauan pengalaman buruk itu sehingga nekad mendedahkan rahsia itu kepada guru lain yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah (IPD) Mukah, petang kelmarin.

    Susulan itu, menurutnya lagi, pelajar berasal dari Kapit itu telah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut pada petang sama. Katanya, guru terbabit berjaya ditangkap pada jam 10.40 pagi semalam di sebuah sekolah kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan kem pembalakan di kawasan hulu Kapit.

    “Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit sebelum dibawa ke IPD Mukah esok (hari ini) untuk siasatan lanjut,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 377 C kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Ditahan Kerana Meliwat Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top