My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 June 2017

    Ditembak Akibat Salah Faham



    Hanya bermula dengan salah faham ketika menari, seorang lelaki cedera selepas ditembak menggunakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Dam, di sini, Ahad lalu. 

    Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa yang juga warga tempatan berusia 22 tahun cedera di buku lali kiri dan kanan sebelum dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa bersama sekumpulan remaja berkumpul di hadapan pusat hiburan berkenaan. Beliau berkata, mereka kemudian didatangi sekumpulan lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Iswara.

    “Kereta itu berhenti di hadapan pusat hiburan dan seorang penumpang di bahagian belakang kenderaan terbabit dipercayai mengeluarkan sebahagian badannya dari cermin kereta lalu melepaskan tembakan.

    “Akibatnya mangsa terkena tembakan di buku lali kiri dan kanan. Pada masa sama, seorang lagi suspek keluar dari kereta sama sambil memegang pedang samurai menyebabkan mangsa yang cedera bersama rakannya bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri,” katanya di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ditembak Akibat Salah Faham Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top