• PANAS

    Tuesday, 6 June 2017

    Lelaki Maut Langgar Lori Rosak



    Seorang lelaki maut di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam kelmarin di Kilometer 16, Jalan Sri Aman-Kuching. 

    Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Othman Sulaiman berkata mangsa yang dikenali sebagai John Little Wilson Nabi itu dipercayai dari Melugu menuju ke Sri Aman.

    Setibanya di kawasan kejadian, hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis SYM yang ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang berada di bahu jalan sejak beberapa hari lalu akibat rosak.

    Bagaimanapun tiada tanda kecemasan segitiga atau kon diletakkan berhampiran lori tersebut. Menurut Othman, akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal mati di tempat kejadian. Perkara itu telah disahkan oleh pasukan perubatan dari Hospital Sri Aman yang tiba di lokasi kejadian.

    Mayat mangsa yang berusia 58 tahun dari Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu itu dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Maut Langgar Lori Rosak Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top