My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 17 June 2017

    Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut



    Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut. Keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Douglas Christo Primus Sikayun sekali gus membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut yang dijadualkan diadakan pada 4 Julai depan. 

    Douglas Christo dalam penghakimannya berkata, keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyingkirkan Tiong Choon dalam Persidangan DUN pad 12 Mei lalu adalah melampaui bidang kuasanya.

    "Tindakan pemecatan Tiong Choon melalui usul yang dibawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam Persidangan DUN Sarawak Mei lalu adalah tidak berpelembagaan dan bertentangan keadilan asasi," katanya di sini hari ini.

    Sebelum ini, Tiong Choon dipecat oleh DUN Sarawak dan hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas dikatakan memiliki dua kerakyataan selepas memperoleh kewarganegaraan Australia pada 2012.

    Susulan keputusan itu, Tiong Choon telahmemfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi perisytiharan sebagai batal dan tidak sah pada 7 Jun lalu.

    Dalam fail saman itu, Tiong Choon menamakan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, DUN Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top