My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 7 June 2017

    Tawar Platform Terbaik



    Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) menerusi platform laman beli-belah dalam taliannya, PG Mall menyasarkan tiga kedudukan utama dalam pasaran e-dagang negara selain menawarkan platform terbaik untuk peniaga memasarkan produk mereka secara dalam talian. 

    Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, konsep terbaru diperkenalkan itu mampu menjana pendapatan buat peniaga terutama mengembangkan produk keluaran tempatan. 

    Beliau berkata, fokus utama PG Mall adalah memperkenalkan barangan buatan Malaysia serta kraf tangan dan PG Mall kini menawarkan kira-kira 100,000 produk termasuk kraf tangan, fesyen seperti baju, kasut, beg tangan, barangan elektrik dan banyak lagi.

    Menurutnya, bagi merealiasasikan hasrat untuk mengembangkan lagi produk keluaran tempatan, PG Mall menjalin hubungan kerjasama dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) sejak Disember lalu.

    “Lebih 2,000 usahawan tempatan daripada PUIM berdaftar bersama PG Mall dan pastinya pada tahun ini bilangan usahawan tempatan akan terus meningkat, sekali gus mampu merealisasikan hasrat dan impian utama Public Gold.

    “PG Mall mampu membantu lebih 23,000 ahli PUIM di seluruh negara mengembangkan lagi pasaran dan rangkaian niaga mereka bukan saja sebagai penjual, malah sebagai pembeli,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Rakan Niaga antara PG Mall dan PUIM di Pusat Perniagaan Public Gold, Bayan Lepas, semalam. Hadir sama, Presiden PUIM Mohd Azrul Mohd Nor, Naib Presiden PUIM Zainal Rashid Isa dan Pengarah Kumpulan Public Gold Datin Yvoone Lim.

    Sementara itu, Mohd Azrul berkata, jalinan kerjasama antara PUIM dan PG Mall terhasil apabila kedua-dua pihak mempunyai matlamat dan konsep sama iaitu memasarkan produk tempatan supaya lebih popular selain mewujudkan rangkaian niaga mantap dan maju.

    Beliau berkata, pihaknya mahu menyuntik kesedaran dalam kalangan usahawan dan peniaga supaya merebut peluang niaga dalam talian disediakan PG Mall yang memiliki satu sistem jaringan komuniti besar.

    “Setiap peniaga berpeluang melebarkan perniagaan bukan setakat di Malaysia tetapi Brunei, Singapura serta Indonesia dan PG Mall turut menyediakan platform pengiklanan terbaik kepada peniaga di seluruh negara,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tawar Platform Terbaik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top