Sama ada sengaja atau tidak, pada satu program yang dibuat secara langsung di laman Facebook, Katrina Kaif memalukan Aishwarya Rai apabila dia menyamakan pelakon jelita itu dengan serigala. Program itu turut mengundang bekas kekasih Katrina iaitu Ranbir Kapoor.
Selepas mereka berpisah, Ranbir berlakon dengan Aishwarya dalam filem Ae Dil Hai Mushkil. Mungkin Katrina cemburu melihatkan aksi romantik Ranbir dan Aishwarya dalam filem itu sehingga mengambil peluang untuk mengata Aishwarya.
Perkara itu berlaku spontan ketika Ranbir bertanya kepada Katrina: ‘Selebriti mana seakan-akan ada kaitan dengan serigala?’ Dengan pantas Katrina menjawab:”Aishwarya Rai Bachchan.” Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila Ranbir cuba memalukan Katrina dengan meminta dia mendedahkan lima orang yang paling penting dalam hidupnya.
0 comments:
Post a Comment