My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 5 June 2017

    Vingada Luah Rasa Puas Hati



    PERSEDIAAN skuad Harimau Malaya bagi melayani kunjungan Lebanon pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 13 Jun ini semakin me­nunjukkan perkembangan positif biarpun kehilangan empat pemain pertahanan yang dilaporkan mengalami kece­deraan. 

    Mereka ialah empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, berbaki kira-kira seminggu sebelum perlawanan itu, tidak mustahil pasukan dapat membentuk gandingan terbaik memandangkan kesemua pemain mempunyai ke­lebihan masing-masing.

    Menurutnya, empat pemain yang baru dipanggil mengisi kekosongan juga dilihat tidak menjejaskan sebarang percaturan pasukan. “Diharapkan tiada lagi sebarang kecede­raan kerana kami mahu mengekalkan skuad ini sehingga perlawanan bermula.

    “Saya gembira kerana telah menjalani tempoh latihan seminggu lalu de­ngan baik. Pemain juga faham apa yang saya mahu sampaikan dan mereka telah memberikan yang terbaik.

    “Kita masih mempunyai beberapa lagi hari sebelum perlawanan dan saya percaya semuanya akan berjalan seperti yang telah dirancang,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi latihan skuad negara di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.

    Vingada berkata, buat masa ini pasukan hanya mementingkan bagaimana untuk mengekalkan ren­tak permainan sama ada melancarkan serangan atau mahu bertahan. “Dalam perlawanan, kita kena ikut situasi, kalau mereka menyerang kita bertahan tetapi ia perlu dilakukan dengan betul dan tugas saya pula adalah memastikan ia dapat dibuat.

    “Saya juga akan memastikan pasukan kita akan bersedia untuk bertahan dan pada masa sama bersedia untuk menyerang. Ia adalah sesuatu yang bukan mudah kerana kita tidak memerlukan semua pemain untuk menyerang tetapi perlukan semua untuk bertahan dan menguasai perlawanan,” katanya.

    Jelasnya, beraksi di laman sendiri juga memberikan kelebihan kepada pasukan, sekali gus memburu kemenangan. “Lebanon mempunyai kelebihan dari segi ran­king FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) tetapi kita di sini ada penyokong dan masih mempunyai masa lagi untuk mencari skuad terbaik sebelum perlawanan,” kata­nya.

    Ketiadaan empat pemain itu diisi oleh pemain kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Nazrin Syam­sul Bahri dan pemain Pahang, Faisal Rosli, manakala dua lagi pemain yang kembali dipanggil menyertai skuad negara ialah Afif Amiruddin dan Nazirul Naim.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vingada Luah Rasa Puas Hati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top