Telefon menjadi peranti utama ketika musim perayaan nanti dengan fungsi berswafoto, mencari jalan berdasarkan aplikasi GPS atau menonton video tular bersama keluarga yang jarang bertemu. Kami mempunyai cadangan beberapa model ‘flagship’ yang boleh dimiliki bertepatan dengan bajet sekiranya anda sedang berkira-kira mahu mendapatkan seunit fon sebelum raya.
Samsung Galaxy S8
Tumpuan paling utama ketika menggunakannya pada hari raya nanti sudah pasti pada kamera yang berkeupayaannya kepada kamera Dual Pixel 12MP OIS (f1.7) dan kamera depan 8MP AF (f1.7). Pemprosesan imej baru diperkenalkan meletakkan harapan memantaskan proses merakam foto dan mengekalkan keupayaan Samsung merakam imej yang cantik.
Cukup berswafoto beramai-ramai nanti, gambar yang terhasil memang tidak diragui. Selain itu, ia adalah mesin utama untuk menonton video tular atau mengemas kini laman sosial seperti Facebook dan Instagram ketika raya.
Inovasi dinamakan Bluetooth Dual Audio bermakna audio yang sedang anda dengar juga boleh dikongsi orang lain. Bayangkan sebelum ini anda berkongsi fon telinga dengan orang lain, kini boleh dilakukan tanpa wayar.
Huawei P10
Kekal dengan fotografi hebat ketika perayaan, Huawei P10 adalah fon paling padan sekiranya anda mahu merakam kenangan ketika musim perayaan. Fungsi dwikamera generasi kedua Leica membolehkan resolusi sehingga 12 megapiksel untuk RGB manakala fungsi monokrom pula, 20 megapiksel.
Perubahan terbesar terbabit terhasil merealisasikan Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition dan terbaru, ia menggunakan lensa Leica Summilux-H yang mempunyai apertur f/1.8, kejutan kepada pengguna yang mahukan kamera berkuasa tinggi sama kualiti dengan DSLR tapi saiz yang nipis dan kompak.
Kualiti kamera selfie depan juga hebat dan bukan lagi bergantung kepada fungsi ‘Beauty’ sematamata. Ditambah lagi dengan mod Portrait ketika bergambar raya, pengguna boleh mendapatkan kesan bokeh yang ‘cun’.
Kemudian, Huawei menambah fungsi ‘adaptive’ yang membuka lebih ruang pada bingkai kamera apabila mengesan lebih daripada satu wajah masuk dalam kamera selfie dan ia beroperasi dengan pantas.
Paling menarik, anda tidak perlu sangat powerbank di kampung kerana P10 mampu bertahan selama 1.7 hari pada penggunaan aktif dan ia boleh digunakan sehari hanya selepas mengecasnya selama 30 minit.
Sony Xperia XZ Premium
Menonton video bersama saudara atau merakamkan aksi raya pasti lebih menarik dengan Sony Xperia XZ Premium yang menjadi telefon pintar pertama di dunia dilengkapi paparan jenis 4K HDR yang menyamai paparan televisyen Sony Bravia di samping keupayaan kamera ‘super slow motion’.
Pada skrin 5.5 inci, ia datang dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 64 bit octa-core yang memantaskan operasi telefon selain lengkap RAM 4GB, bateri 3220mAh dan storan 64GB. Kamera selfie pula beresolusi 13MP 1/3.06” Exmor RS, f2.0 manakala RAM pula 4GB selain pemprosesannya dikuasakan Qualcomm Snapdragon 835.
Oppo R9s Plus
Fon Oppo R9s Plus paling best jika mahu dipadankan dengan baju raya nanti. RAM ditambah menjadi 6GB untuk mempertingkatkan kelajuan layaran tetapi pengeluar masih mengekal saiz storan sama iaitu 64GB.
Untuk bahagian kamera, Oppo R9s Plus didatangkan dengan kamera belakang 16MP f/1.7 bersama sokongan OIS yang mampu membenarkan pengguna untuk merakam pelbagai jenis gambar termasuk pemandangan raya pada kualiti terbaik. Manakala kamera depan 16MP pada apertur f/2.0 pula berfungsi untuk memberikan pengalaman selfie menakjubkan kepada penggemar swafoto.
Selepas menghabiskan masa dengan merakam detik indah, pengguna tidak perlu gusar akan tenaga bateri kerana ia dibekalkan dengan 4,000mAh kapasiti, mampu tahan lama sehingga lebih 11 jam.
Moto Z
Telefon modular yang kini berada di Malaysia, Moto Z adalah telefon pintar premium paling nipis setakat ini dengan ketebalan 5.2 milimeter dibangunkan dengan aluminium yang sama digunakan pada pesawat.
Moto Z menawarkan skrin 5.5 inci Quad HD AMOLED, prosesor Qualcomm SnapdragonTM 820 dilonjakkan lagi RAM 4GB memberikan kelancaran maksimum melaksanakan aplikasi berat.
Pada kamera belakang Moto Z dibina bersama kamera beresolusi tinggi 13MP pada bukaan f1.8, penstabil imej optikal dan autofokus laser; manakala kamera depan dengan penderua 5MP lampu limpah di hadapan dan lensa sudut luas.
Keunikan bagi telefon pintar ini, adalah kebebasan yang diberikan kepada pengguna untuk menaik taraf telefon mereka sesuka hati menggunakan aksesori modular sekiranya mahukan spesifikasi lebih berkuasa dalam satu-satu segi.
Mereka boleh menampal modular Hasselblad True Zoom untuk rakaman luar biasa yang tidak pernah dimiliki mana-mana telefon pintar di pasaran sesuai untuk musim raya. Modular Hasselblad True Zoom memiliki lensa zoom optikal 10x untuk rakaman jarak jauh tanpa berkompromi dengan kualiti imej dan lampu limpah Xenon untuk kecerahan melampau ketika rakaman.
IPhone 7
Tidak ketinggalan dan masih relevan, iPhone 7 cuma lebih baik kalau anda mendapatkan warna merah jadi ada sedikit warna-warni ketika musim perayaan. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM3,699 bagi edisi 128GB atau 256GB. iPhone dilengkapi pelbagai ciri termasuk teknologi terbaharu kamera, kalis debu dan air serta beberapa ciri lain.
Warna merahnya memang menawan. Tidak terlalu garang dan tidak pula terlalu lembut, memang ‘ngam’ kata orang. iPhone 7 Red mengekalkan kuasa pemprosesan A10 Fusion dual core dengan RAM 2GB. Nampak biasa tapi mencukupi untuk operasi telefon.
Neffos X1
Nampak biasa tapi Neffos ada kelainannya. Neffos X1 membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan bermain game, melayari laman web dan bersosial bersama saudara di kampung. Bagi X1, ia mempunyai pilihan RAM 2GB atau 3GB manakala X1 Max 3GB atau 4GB.
Sementara itu bagi bateri pula, X1 mempunyai bateri berkapasiti 2250mAh manakala CPUnya Helio P10 octa core, MT6755M 4xCortex-A53 1.8GHz + 4xCortex-A53.
0 comments:
Post a Comment