My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 14 June 2017

    Buah-Buahan Pun Boleh Menggegarkan Negara



    Sebelum ini, negaara digemparkan dengan 3 insiden yang menggunakan instrumen. Insiden berkenaan adalah menampar seorang aktivis Facebook bergelar Datuk dengan tapak kasut, insiden pasangan kaum Cina yang diserang oleh jemaah masjid dengan menggunakan kon dan yang terakhir tamparan Sulaiman Yasin atau Mat Over terhadap David Teo.

    Ketiga-tiga insiden ini masih diperkatakan sehingga kini di mana ianya seringkali dijadikan bahan lawak di kalangan netizen mahupun gurauan sesama rakan.

    Setelah ketiga-tiga insiden ini semakin reda dan dilupakan, secara tiba-tiba, buah-buahan pula mengambil tempat. Pelbagai perkara timbul melibatkan buah durian musang king, kurma, mangga harumanis dan yang terbaharu, jagung. Kesemua buah-buahan ini menjadi tular di laman sosial mahupun percakapan biasa sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

    Apa masalahnya dengan durian musang king? Hal ini menjadi tular disebabkan harga bagi sebiji raja buah ini boleh mencecah sehingga beratus-ratus Ringgit di pasaran Korea Selatan. Malah untuk pasaran tempatan juga, harganya cukup mahal dan ramai pihak mempersoalkan kewajaran harga ini untuk dinikmati oleh warga tempatan.

    Mengenai mangga harumanis pula, heboh diperkatakan tentang petani yang mengusahakan ladang mangga special ini terpaksa membakar mangga ini. Pada asalnya, ia mendapat kecaman para neziten sehinggalah beberapa pengusaha mendedahkan hal sebenar kenapa mereka membakar buah mangga berkenaan.

    Umum sedia maklum bahawa harga mangga harumanis ini agak tinggi di pasaran dan hanya negeri Perlis sahaja yang menanam mangga jenis ini. Apabila tiba musim buah ini yang secara kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan, harganya jatuh dengan mendadak dan ada diantaranya gagal dijual seperti biasa.

    Justeru, untuk mengelakkan kerosakan buah berkenaan menjangkiti buah dan pokok, para petani mengambil keputusan untuk membakar buah berkenaan. Mungkin terdapat salah faham mengenai apa yang telah disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan namun inilah duduk sebenar kenapa buah berkenaan terpaksa di bakar.

    Hal buah kurma pula meletup setelah seorang Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong bersama-sama rombongannya telah diserang dan di halau oleh beberapa orang peniaga di sebuah Bazar Ramadhan di Kluang semasa mahu mengedarkan bungkusan mengandungi buah kurma kepada penduduk yang mengunjungi bazar berkenaan.

    Video insiden berkenaan pantas menjadi tular di laman-laman sosial dan telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Ini termasuklah cara ahli politik dari DAP yang hanya muncul di hadapan rakyat apabila hampir musim pilihan raya dan cara Liew dan pekerjanya yang kesemuanya berbangsa Cina membungkus buah berkenaan.

    Buah jagung pula secara tiba-tiba menjadi viral setelah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz menyelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana merasakan permintaan Datuk Abdul Karim yang meminta kerajaan memberikan penangguhan cukai pelancongan kepada Sarawak sebagai tidak masuk akal.

    Dalam kenyataan yang disiarkan oleh KiniTV baru-baru ini, Datuk Seri Nazri menggelarkan Datuk Abdul Karim sebagai "Menteri setahun jagung" yang cuba mahu mengajarnya untuk bekerja. Gelaran dan cara beliau menyelar Datuk Abdul Karim ini telah mengundang pelbagai reaksi di mana majoritinya menghentam cara Datuk Seri Nazri memberikan ulasan kepada permintaan Datuk Abdul Karim.

    Disebabkan inilah, hampir kesemua netizen terutamanya dari Sarawak memuat naik status yang berunsur jagung. Malah, banyak gambar-gambar jagung samada yang dimuat naik secara terus atau diedit dengan menggambarkan wajah Datuk Seri Nazri, telah dimuat naik untuk dijadikan bahan lawak dan menyerang Datuk Seri Nazri.

    Lihat sahaja bagaimana buah-buahan juga mampu mencetuskan sedikit kekecohan dalam arus politik negara. Siapa sanga, durian Musang King, buah Kurma, buah mangga Harumanis dan buah jagung mampu mencetuskan pelbagai persepsi dan mainan politik di laman-laman sosial sejak 20 hari Ramadhan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Buah-Buahan Pun Boleh Menggegarkan Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top