My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 5 June 2017

    Kes R Sivarasa Sudah Lama Jadi Amalan Pembangkang



    Masih ramai yang memperkatakan tentang kebiadaban Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang telah hadir bagi menyampaikan ucapan berbaur politik dan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri di Surau An-Nur baru-baru ini. Tindakkan Sivarasa ini pantas mendapat kecaman netizen sehingga mengundang kemurkaan Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Pada masa yang sama, kemarahan umat Islam di Selangor dan di seluruh Malaysia turut diarahkan kepada ahli jawatankuasa surau berkenaan yang secara terang-terangan mengutamakan kepentingan politik berbanding akur kepada titah perintah Sultan Selangor itu sendiri. Malah, Datuk Seri Azmin Ali juga tidak terlepas dari sasaran kemarahan umat Islam di negara ini.

    Sebenarnya, apa yang telah dilakukan oleh Sivarasa ini bukanlah kali pertama berlaku di negara ini sejak Pakatan Harapan berjaya meraih 89 buah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Sekurang-kurangnya, lebih 10 orang ADUN dan Ahli Parlimen bukan Islam turut berkelakuan yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Sivarasa.

    Lihat senarai nama ini, Teresa Kok, Nga Kor Ming, Ngeh Khoo Ham, Hannah Yeoh, Tian Chua dan ramai lagi pernah dijemput memberi ceramah mereka di masjid dan surau di seluruh negara. Persoalannya, di manakah maruah dan hak umat Islam semasa mereka dijemput memberi ceramah politik di rumah-rumah Allah di seluruh negara?

    Mungkin bagi ahli jawatankuasa masjid atau surau yang terlibat, ianya tidak menjadi masalah buat mereka. Namun, jika dinilai dari sudut kesucian agama Islam itu sendiri, tindakan mereka ini nyata telah merendah-rendahkan martabat Islam itu sendiri di mata mereka yang bukan Islam.

    Manakan tidak, kesemua mereka hadir atas jemputan orang Islam itu sendiri bagi menyampaikan ceramah politik. Pada kebiasaannya, ceramah-ceramah sebegini akan dihiasi dengan pelbagai fitnah dan kata nista. Apa yang menyedihkan adalah, rumah Allah dijadikan medan melemparkan fitnah dan kata nista dan disambut pula dengan hilai tawa oleh ahli kariah masjid ataupun surau.

    Di manakah maruah mereka sebagai penganut ajaran Islam? Ingin ditanyakan kepada semua pihak, adakah pihak Gereja, Kuil mahupun tokong pernah menjemput pemimpin Melayu mengadakan ceramah politik di premis mereka? Sehingga hari ini, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang pernah dilihat memberi ucapan di sebuah gereja. Yang lain, hanya sekadar menyampaikan ceramah di tepi-tepi jalan.

    Andai titah baginda Sultan sendiri sudah berani di sanggah, bagaimana pula nasib umat Islam seandainya Pakatan Harapan berjaya memerintah kelak? Sudah pasti, maruah umat Islam di negara ini akan di pijak semahu mereka apabila pemerintah mahupun ahli jawatankuasa masjid itu sendiri sudah tidak peduli akan nasib umat Islam terutamanya menjaga kebersihan dan kebajikan rumah Allah!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes R Sivarasa Sudah Lama Jadi Amalan Pembangkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top