My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 14 June 2017

    Biaya Sekolah



    Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menerbitkan peringkat kedua Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) bernilai RM100 juta melalui syarikat tujuan khas Ihsan Sukuk Berhad. Sukuk kedua itu adalah lanjutan terbitan peringkat pertama Sukuk SRI bernilai RM100 juta yang memenangi pelbagai anugerah pada 2015. 

    Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, terbitan peringkat kedua sukuk itu akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan sekurang-kurangnya 20 sekolah baru di bawah Program Sekolah Amanah Yayasan Amir (YA).

    Beliau berkata, selepas kejayaan Sukuk SRI pertama, Khazanah menerbitkan peringkat kedua sukuk berkenaan untuk menyokong program sekolah amanah. “Bagi keluaran kedua ini, Khazanah akan memulakan kempen pembiayaan awam yang mana orang ramai dapat memberikan sokongan masing-masing kepada YA.

    “Pada masa sama, Khazanah terus menyumbang kepada pembangunan sektor kewangan Islam menerusi kaedah yang kami yakin adalah kewangan sebenar yang mana pembiayaan berkait rapat dengan aktiviti yang meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat,” katanya pada majlis pelancaran terbitan peringkat kedua Sukuk SRI, di sini, semalam.

    Hadir merasmikan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. YA adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan Khazanah meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah kerajaan melalui kerjasama sektor awam-swasta bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pada akhir 2016, Program Sekolah Amanah sudah dilaksanakan di 83 sekolah di 10 negeri yang memberi manfaat kepada 65,000 pelajar di seluruh negara. Struktur Sukuk SRI berlandaskan prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar. CIMB Investment Bank Berhad bertindak sebagai pengatur tunggal sementara Maybank Investment Bank dan RHB Investment Bank adalah Pengurus Akaun Bersama dan Pengurus Utama Bersama untuk Sukuk SRI berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Biaya Sekolah Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top