My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 13 June 2017

    The Speedy Jantan Mengganas Di Bangkok



    PELARI terpantas Malaysia, Khairul Hafiz Jantan membuktikan kehandalannya apabila muncul juara acara 100 meter (m) pada kejohanan olahraga Terbuka Thailand 2017 di Kompleks Sukan Universiti Thammasat, Bangkok semalam. 

    Lebih manis, Khairul, 18, berjaya menewaskan dua jaguh pecut Thailand, Crisajda dan Jirapong Meenapra untuk meraih ping­at emas dengan catatan masa 10.31 saat (s). Crisajda meraih tempat kedua dengan catatan masa 10.45s, manakala Jirapong, pemenang pingat Sukan SEA 2013 terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga dengan catatan masa 10.48s.

    Jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Kassim mengakui sudah menjangkakan anak didiknya itu mampu menewaskan dua pelari Thailand tersebut terutama Jirapong yang dianggap pencabar utama pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos depan.

    “Khairul sudah menemui semula rentak larian. Saya melihat dia semakin hampir untuk mendapatkan prestasi terbaiknya seperti sebelum ini,” kata Mohd. Poad semalam. Pemegang rekod acara 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.18s itu menjadi sandaran utama negara untuk meraih pingat emas pada KL2017 nanti.

    Sementara itu, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat perak 100m dengan catatan masa 11.65s. Zaidatul yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 11.45s, tewas kepada pemenang pingat emas dari Vietnam, Le Tu Chinh (11.47s). Pingat gangsa dimenangi pelari tuan rumah dengan catatan masa 11.83s.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: The Speedy Jantan Mengganas Di Bangkok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top