My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 17 June 2017

    Tangan Sangkut Dalam Tandas Kerana Telefon Pintar



    Seorang lelaki yang cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam lubang tandas terpaksa dibantu anggota bomba selepas tangannya tersangkut di dalam tandas berkenaan. Kejadian berlaku di sebuah hospital di bandar Erzurum di timur laut Turki. 

    Dalam usaha untuk mendapatkan semula telefon pintarnya itu, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan dikatakan menahan nafas sebelum menyeluk ke dalam lubang tandas itu. Bukan sahaja dia gagal mendapat semula telefonnya, malah tangannya tersangkut.

    Jeritannya meminta bantuan didengari pesakit dan kakitangan hospital yang menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan. Bomba terpaksa menggunakan alat khas bagi melebarkan lubang tandas itu sebelum dapat menarik tangan lelaki itu keluar dalam operasi hampir sejam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tangan Sangkut Dalam Tandas Kerana Telefon Pintar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top