My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 June 2017

    Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena



    DEENA Emir iaitu isteri pelakon Saharul Ridzwan selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan, di Kuala Lumpur, petang semalam. Bayi 2.8 kilogram itu dilahirkan pada 6.46 petang. Saharul, 28, ketika dihubungi, berkata isterinya, yang bersalin normal itu kini berada dalam keadaan baik. 

    "Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan ini. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar. Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya apabila berpeluang melihat isteri bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung kami," katanya.

    Saharul berkata, dia gembira apabila impiannya untuk melihat dan menemani isteri bersalin dimakbulkan Tuhan. "Percaturan Allah itu sangat baik dan hebat. Saya dapat menemani dan menyambut kehadiran putera kami ketika berada di tanah air.

    "Ini kerana, sejak kebelakangan ini saya sering berada di luar negara atas urusan kerja. Namun, setiap hari berdoa supaya dapat menemani isteri bersalin.

    "Alhamdulillah, sebaik pulang dari Singapura, Isnin lalu, hanya beberapa jam selepas itu isteri memberitahu air ketubannya pecah dan saya bergegas membawanya ke hospital," katanya. Mengenai nama anak, Saharul akan berkongsi kepada umum selepas didaftarkan secara rasmi nanti. Saharul dan Deena bernikah di Putrajaya, 16 September tahun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top