Harga untuk menetap selama 10 hari terakhir Ramadan di kamar hotel dengan pemandangan Masjidilharam dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000). Bagi kamar lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500).
Kamar itu bagaimanapun tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun ia berhampiran masjid itu. Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.
Sementara itu, pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan. Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).
Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita. Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan teknikal, katanya. Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir.
0 comments:
Post a Comment