My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 5 June 2017

    London Kembali Berdarah



    Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 48 yang lain cedera apabila sebuah van yang dipandu militan Daesh merempuh pejalan kaki di Jambatan London sebelum menikam orang ramai di tepi jalan dan beberapa kawasan di kota itu kelmarin. 

    Anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian dan menembak mati tiga penyerang lelaki di Pasar Borough, berhampiran Jambatan London, beberapa hari sebelum pilihan raya Britain diadakan. Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas serangan pengebom bunuh diri di konsert pop penyanyi Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande di Manchester yang mengorbankan 22 orang. 

    “Seramai tujuh orang terbunuh, manakala tiga penyerang ditembak mati,” kata Ketua Antikeganasan Britain, Mark Rowley. Tambahnya, ketiga-tiga penyerang itu dilihat memakai jaket letupan yang kemudian didapati palsu. Salah seorang daripada penyerang memakai jersi Arsenal.

    Perkhidmatan Ambulans London menyatakan, 48 mangsa yang cedera dibawa ke hospital di seluruh bandar raya itu. Tiga buah hospital utama ditutup bagi memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan.

    Mangsa yang cedera termasuk anggota Polis Pengangkutan Britain yang tiba paling awal di lokasi kejadian dan ditikam di bahagian muka dan kakinya. Selain itu, seorang rakyat Australia dan empat warga Perancis disahkan cedera dalam serangan berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: London Kembali Berdarah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top