My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 10 June 2017

    Maut Terkena Tembakan Abang Sendiri



    Seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan daripada abangnya sendiri ketika mereka memburu babi di kawasan hutan di Kampung Taba Nunuk Ragang di sini semalam.

    Ilysie Saim, 18, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada dada kiri dan paha kiri selepas terkena tembakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk milik abangnya, 19, dalam kejadian pada pukul 5 pagi.

    Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, dua beradik itu difahamkan keluar memburu di hutan tersebut dengan ditemani seekor anjing. Selepas 30 minit memburu, anjing mereka menyalak sebelum suspek berlari ke arah haiwan tersebut sebelum seekor babi melintas di hadapannya.

    Tanpa berfikir panjang, suspek melepaskan tembakan. “Namun, suspek terkejut apabila terdengar suara adiknya meminta tolong dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

    “Suspek terus mendukung mangsa ke rumah mereka sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut,” katanya yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Terkena Tembakan Abang Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top