My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 7 June 2017

    Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan



    Bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ismail Che Ros, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menerima suapan bernilai hampir RM8,000, pada Ogos 2015. 

    Ismail, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

    Atas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima barang berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, bernilai RM2,880.90, pada 5 hingga 7 Ogos 2015 daripada Teoh Hon Chun, seorang kontraktor pembinaan jalan.

    Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada kontraktor itu pada 6 Ogos 2015 walaupun mengetahui syarikat milik Teoh mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan.

    Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 0448, Sutera Harbour Resort, antara 5 dan 7 Ogos, 2015. Bagi setiap pertuduhan, Ismail didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozana Abdul Hadi manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Shah. Terdahulu, Rozana menawarkan wang jaminan RM20,000 bagi pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada pihak mahkamah.

    Namun Zahir memohon jaminan ditetapkan pada RM10,000 kerana anak guamnya, yang kini bertugas di Melaka, masih mempunyai tanggungan seorang anak serta terpaksa menanggung perbelanjaan ke Kota Kinabalu untuk sebutan semula kes.

    Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top