My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 10 June 2017

    Manfaat Jaringan 4G+



    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menyasarkan menjadi antara pemain utama Internet untuk Segalanya (IoT) yang dijangka menyumbang RM9.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 dalam segmen kenderaan terhubung serta insurans telematik. 

    Bagi tujuan itu, Digi memperkenalkan strategi kenderaan terhubung yang komprehensif dengan menawarkan pilihan penyelesaian untuk kenderaan komersial dan peribadi serta syarikat insurans. 

    Ketua Pegawai Digitalnya Praveen Rajan berkata, fokus syarikat terhadap pasaran IoT menggambarkan strategi jelas dan munasabah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan selaras transformasi syarikat perkhidmatan telekomunikasi itu kepada syarikat digital.

    “Dengan memanfaatkan jaringan 4G+ kami yang mantap, ini adalah peluang kami menjana keuntungan daripada data dan menarik lebih ramai pelanggan menilai tawaran digital baru,” katanya ketika melancarkan rancangan IoT di sini, semalam.

    Menurutnya, Digi mahu menterjemahkan keupayaan digital kepada nilai bisnes sebenar dengan impak yang bermakna kepada pelanggan. Kesalinghubungan mesin-ke-mesin (M2M) bukan saja menjadi prasyarat untuk prestasi bisnes yang optimum, tetapi faktor penentu untuk memastikan bisnes memiliki kelebihan kompetitif.

    Penyelesaian yang memanfaatkan kepintaran atas kesalinghubungan M2M bakal menjadi pemacu utama dalam suasana bisnes selari dengan IoT. “Strategi IoT Digi meliputi pilihan untuk membangunkan penyelesaian pintar atau lebih efisien melalui kerjasama dengan platform teknologi atau pakar sedia ada yang menawarkan penyelesaian IoT bergantung kepada peluang yang muncul.

     “Kenderaan terhubung adalah penawaran pertama dalam ruang lingkup IoT,” katanya. Katanya, situasi pasaran automotif di Malaysia menunjukkan terdapat peluang untuk Digi membawa perubahan dengan mencipta nilai pertumbuhan dalam industri berkenaan.

    “Potensi dilihat cerah memandangkan keperluan untuk kenderaan komersial yang membawa muatan memasang sistem pengesanan masa sebenar semakin mendesak berdasarkan panduan SPAD ICOP. 

    “Tambahan pula, bilangan kenderaan berdaftar melebihi 27.6 juta dan penambahan bilangan kenderaan dijangka kekal pada 60,000 dan 500,000 unit masing-masing untuk kenderaan komersial dan kenderaan peribadi,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manfaat Jaringan 4G+ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top