Dikalangan pembangkang hari ini, antara perkara yang paling digemari oleh mereka adalah menabur janji kosong temasuk mengadakan fitnah jahat hanya semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan. Mungkin mereka merasakan, peluang mereka untuk menang pada PRU ke 14 tipis, maka pelbagai janji yang tidak masuk akal ditaburkan demi meraih sokongan.
Jika diimbas dari pengakuan jujur (buat kali pertama) Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dia mendedahkan bahawa tugas utama pembangkang adalah menghasut kebencian dan menebarkan seberapa banyak fitnah terhadap kerajaan asalkan rakyat membenci kerajaan hari ini.
Mengulas akan hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini berkata, partinya bersama-sama rakan komponen yang lain komited melakukan kerja yang terbaik untuk rakyat dari terikut-ikut rentak jahat pembangkang.
Katanya, adalah menjadi keutamaan buat Barisan Nasional untuk menjaga kebajikan dan keperluan rakyat daripada terikut rentak pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong tanpa sedikit pun di penuhi oleh mereka.
Sebagai contoh, kerajaan negeri DAP Pulau Pinang bertindak seperti ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila gagal menunaikan 51 janji selepas mengambil alih negeri ini selama sembilan tahun. Malah, lebih teruk lagi, majoriti Ahli Parlimen dan ADUN yang berjaya memenangi PRU ke 13 lalu, hilang begitu sahaja dan hanya akan muncul apabila tiba musim pilihan raya.
Adakah ini ciri-ciri kerajaan yang mahu menggantikan Kerajaan Barisan Nasional hari ini? Kesemua parti komponen di dalam Barisan Nasional termasuklah MCA sudah memulakan gerak kerja membantu rakyat sejak sekian lama. Cuma setahun ini, gerak kerja berkenaan diperhebatkan demi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terpelihara.
0 comments:
Post a Comment