My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 June 2017

    Cukup Mengejutkan




    Sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bintulu menjumpai pokok dipercayai pokok ganja ditanam di beranda sebuah kuarters gunasama persekutuan di sini, semalam. 

    Susulan itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata, tiga remaja lelaki dan seorang remaja wanita berumur 15 hingga 21 tahun ditangkap kerana dipercayai memiliki dan menanam ganja tersebut.

    “Serbuan dibuat pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi (semalam) di kuarters terbabit. Pemeriksaan di beranda kuarters tersebut menemui sebatang pokok dipercayai pokok ganja ditanam dalam bekas plastik lutsinar.

    “Pemeriksaan lanjut di bilik tidur turut menjumpai sebuah bekas bulat warna merah jambu berisi daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 3.5 gram dan dua peket plastik berisi daun kering juga disyaki ganja dengan anggaran berat 4.45 gram,” ujarnya di sini, semalam.

    Menurutnya lagi, pemeriksaan ke atas sebuah bilik kemudiannya mendapati dua lelaki sedang tidur dan sebatang lagi pokok dipercayai pokok ganja dalam bekas lutsinar turut ditemui.

    Melalui serbuan itu, katanya, polis merampas daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 7.95 gram, dua pokok disyaki pokok ganja ditanam dalam bekas plastik, satu anak kunci, satu unit mangga, satu unit alat pengisar dan sebuah meja kayu.

    “Ujian awal urin ke atas keempat-empat suspek didapati negatif dadah dan kes terbabit dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. Anggaran nilai dadah yang dirampas ialah RM1,800,” tambahnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cukup Mengejutkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top