Seorang wanita yang melecur hampir seluruh badan selepas dibakar suaminya kira-kira dua minggu lalu di sebuah rumah di Taman Arked di sini meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd. Hamid berkata, suami mangsa berusia 46 tahun yang merupakan seorang gelandangan membakar isterinya, R. Rathna, 44, dipercayai akibat dendam selepas mangsa enggan tinggal bersamanya.
Menurutnya, pasangan tersebut juga sedang dalam proses perceraian dan mereka tinggal berasingan sejak 10 tahun lepas. Katanya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membasuh ayam di belakang rumahnya untuk dimasak sebelum suaminya yang datang menaiki motosikal membaling botol berisi minyak petrol yang telah dibakar ke arah mangsa pada 26 Mei lalu.
“Anak lelaki mangsa berusia 19 tahun yang berada dalam rumah terdengar suara ibunya menjerit dari arah belakang rumahnya. Selepas bergegas ke belakang rumah, anak mangsa mendapati tubuh ibunya sedang terbakar dan terlihat kelibat ayahnya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment