Taktik seorang lelaki Filipina yang bersembunyi di atas siling gagal apabila dia ditahan dalam Op Bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di rumah sewanya berhampiran Kolombong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 30-an itu dikatakan menyedari kehadiran polis yang membuat serbuan di rumah sewa terbabit sebelum bertindak menyembunyikan diri di atas siling.
Bagaimanapun, helahnya terbongkar selepas sepasukan anggota polis bertugas terdengar bunyi bising di atas siling yang kemudian berjaya mengesan dan menahan suspek.
0 comments:
Post a Comment