Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), terbuka untuk bekerjasama dengan Proton-Geely bagi membantu meningkatkan penguasaan pasaran jenama automotif tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama strategik dalam membangunkan vendor dan ekosistem. Katanya, pembangunan vendor dan ekosistem penting bagi memastikan kenderaan tempatan terus menguasai pasaran.
“Tiada masalah untuk Perodua dan Proton bekerjasama kerana sekarang pun kami berkongsi 90 vendor dan paling utama adalah menambah baik kemampuan vendor untuk memenuhi pasaran.
“Buat masa ini, penguasaan pasaran bagi jenama automotif adalah rendah iaitu bawah 50 peratus dan jika boleh, kita perlu meningkatkannya kepada 60 peratus,” katanya pada sidang media Perodua Eco-Challenge 2017, di sini, semalam.
Menurutnya, jumlah pasaran jenama automotif tempatan kebanyakannya disumbangkan Perodua iaitu sebanyak 35 peratus. Beliau yakin mengekalkan jualan 4,000 unit tahun ini.
0 comments:
Post a Comment