My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 June 2017

    Mayat Dikerat 10



    Seorang lelaki warga Bangladesh dibunuh kejam apabila mayatnya yang dikerat-kerat dan disumbat ke dalam tiga guni plastik ditemui di sebuah rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani dekat sini semalam. 

    Tiga guni berisi mayat buruh kontrak, Azad Late Late Mofyan Uddin, 38, itu ditemui di dalam kabinet batu di dapur rumah berkembar setingkat yang disewa mangsa dan dua lagi rakan senegaranya.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, kehilangan mangsa disedari kekasihnya, Nur Rohani Abdullah, 31, selepas lelaki itu gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

    "Wanita itu kemudian bertindak mencari mangsa di rumahnya pada Sabtu lalu. bagaimanapun, dua rakan serumah mangsa yang juga lelaki Bangladesh tidak membenarkan wanita berkenaan masuk ke rumah tersebut.

    "Wanita itu mula curiga apabila dia ternampak salah seorang lelaki Bangladesh berkenaan mempunyai kesan kecederaan pada tangannya," kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mayat Dikerat 10 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top