My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 6 June 2017

    Didakwa Bunuh Anak Sendiri



    Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak kandung mereka yang berusia sembilan tahun Mei lalu. 

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Aaron Teoh Eng Wan, 34, dan isterinya, En Sit Mooi, 36, ketika didakwa di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh kanak-kanak lelaki itu di Lana Pure Thai Massage, No. 19-2, Jalan USJ 1/1A Regalia Business Center kira-kira pukul 2 hingga 3.30 petang pada 26 Mei lalu. Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Didakwa Bunuh Anak Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top