Seorang wanita warga emas ditahan kelmarin bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang tersebar di laman sosial menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipukul tanpa belas kasihan menggunakan kayu penggaru badan.
Bagaimanapun kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Puchong Perdana, Puchong dekat sini pada September tahun lalu.
Difahamkan, satu laporan dibuat oleh orang awam di Balai Polis Bukit Puchong kira-kira pukul 10.40 malam kelmarin selepas menerima klip video tersebut melalui aplikasi WhatsApp.
0 comments:
Post a Comment