Dendam masyarakat Iban di sini terhadap sekor buaya jantan yang membaham seorang gadis sunti terbalas selepas sang bedal itu ditangkap di Sungai Tapang Peking Baram sebelum dibunuh dan dibakar semalam.
Reptilia sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap selepas termakan umpan daging ayam yang dipasang pada mata kail di sekitar sungai berkenaan pada pukul 9 pagi. Ketua masyarakat Iban di Peking, Jampang Kantan berkata, sang bedal seberat 450 kilogram itu ditangkap oleh seorang pawang buaya yang dibawa khas ke rumah panjang untuk memburunya.
Menurutnya, pawang terbabit yakin sang bedal itu merupakan buaya tembaga yang menyerang dan membaham Agnes Luang (gambar kecil), 18, kira-kira empat bulan lalu. “Pawang sama turut berjaya menangkap beberapa ekor buaya di sekitar sungai berkenaan sebelum ini, namun ia bukan reptilia ganas yang diburu mereka.
“Sebelum berjaya menjinakkan Bujang Peking itu, pawang buaya dengan bantuan penghuni rumah panjang terpaksa beradu kekuatan dengan sang bedal tersebut selama kira-kira sejam,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment