My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 June 2017

    Suspek Pembunuh Kejam Jadi Idola Pula...


    Seorang wanita cantik yang menjadi suspek utama kes pembunuhan kejam seorang pekerja bar di wilayah Khon Kaen kini menjadi selebriti media sosial selepas gambarnya ketika dalam tahanan sering dimuat naik di Internet. 

    Preeyanuch Nonwangchai, 24, atau dikenali sebagai Preaw ditahan polis bersama dua rakannya kerana disyaki membunuh sebelum memotong mayat seorang wanita, Warisara Koinjui pada bulan lalu.

    Sejak ditangkap baru-baru ini, Preaw dan dua rakannya, Kawinta Ratchanda, 25, serta Apiwan Satayabundit, 28, sering dirakam memakai pakaian berjenama dan alat solek. Anggota polis dan pegawai penyiasat kes berkenaan juga sering bergambar dengan suspek dan memuat naik gambar itu di media sosial hingga menjadi tular.

    ‘Kegilaan’ pengguna media sosial terhadap wanita itu terutama suspek utama hingga fenomena itu digelar ‘demam Preaw’.

    Gabenor Khon Kaen, Pongsak Preechawit turut melahirkan kebimbangan mengenai fenomena berkenaan dan menyeru generasi muda supaya melihat kembali jenayah kejam yang dilakukan wanita itu.

    “Saya bimbang kerana ramai generasi muda berbincang mengenai produk yang suspek gunakan seperti beg tangan, cermin mata, pakaian dan alat solek. Generasi muda patut membaca kembali kisah mereka dan jenayah kejam yang mereka lakukan,” katanya kepada Bangkok Post, semalam.

    Pengarah Institut Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja, Dr Mathurada Suwannapho memberitahu, sebahagian generasi muda mula mengagumi wanita berkenaan kerana tumpuan media berlebihan terhadap suspek.

    “Kepantasan imej tersebar melalui media sosial boleh memperdaya golongan muda dan tidak berpengalaman untuk menganggap suspek sebagai idola,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suspek Pembunuh Kejam Jadi Idola Pula... Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top