My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 5 June 2017

    Pergilah Puntung...



    Salah seekor daripada tiga badak Sumatera terakhir di negara ini bernama Puntung yang dilaporkan bertarung nyawa akibat kanser­ kulit terpaksa dimatikan menerusi kaedah suntikan euta­nasia di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam. 

    Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, badak betina yang menghidap kanser kulit jenis sel skuamus sejak lebih dua minggu lalu itu terpaksa diberikan suntikan itu pada pukul 7 pagi semalam.

    “Mengikut perancangan awal suntikan itu sepatutnya dilakukan pada 15 Jun ini. “Namun Puntung terlalu menderita dan suntikan itu terpaksa diawalkan.

    “Haiwan itu tidak lagi berupaya bernafas melalui lubang hidung kiri malah kesihatannya semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan ubat penahan sakit,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pergilah Puntung... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top