My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 7 June 2017

    Perginya Tiote Dalam Ramadan


    BEKAS pemain antarabangsa Ivory Coast Cheick Tiote disahkan meninggal dunia di hospital selepas tiba tiba rebah ketika menjalani latihan bersama kelabnya, Beijing Enterprises.

    Kelab liga divisyen dua China itu mengesahkan kematiannya pada usia 30 menerusi akaun media sosial Weibo, semalam mengatakan bekas pemain tengah Twente Enschede dan Newcastle United itu ‘pengsan tanpa sebarang amaran’ ketika berlatih bersama kelab itu.

    "Dia dikejarkan ke hospital serta merta. Bagaimanapun segala usaha untuk menyedarkannya tidak berkesan dan disahkan doktor meninggal dunia kira kira 7 malam pada 5 Jun 2017. Kelab itu sudah menghubungi ahli keluarganya," tulis kenyataan itu.

    "Sejak menyertai pasukan, dia membuat sumbangan begitu menyerlah kepada kelab dan mendapat pujian kelab, kejurulatih pasukan dan rakan sepasukannya dengan kemahiran cemerlangnya dan sikap profesional.  Kelab bolasepak Beijing BG melahirkan rasa sedih berikutan pemergian Mr Tiote." 

    Bekas rakan sepasukan dan pengurus turut menyampaikan takziah menerusi media sosial terhadap kematian pemain Afrika berprofil tinggi itu yang rebah dan meninggal dunia ketika bermain bola sepak. Tiote seorang pemain yang patuh kepada ajaran Islam dan berpuasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perginya Tiote Dalam Ramadan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top