My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 June 2017

    PM Singapura Kecewa Sikap Adik-Beradik



    Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah peribadi keluarga mereka. 

    “Saya amat sedih dengan dakwaan yang dibuat mereka. Saya dan isteri, Ho Ching menafikan dakwaan ini, terutama tuduhan tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” katanya dalam kenyataan semalam.

    “Walaupun adik-beradik mungkin mempunyai perbezaan, saya percaya pertelingkahan itu sepatutnya disimpan dalam kalangan keluarga. Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga, bagi menghormati ibu bapa kita,” katanya.

     Lee berkata, kenyataan adik-beradiknya itu menyakiti legasi bapanya, Lee Kuan Yew. “Saya akan melakukan yang terbaik untuk terus berbuat baik dengan ibu bapa saya,” jelasnya.

    Hsien Loong memberitahu dia kini bercuti di luar negara bersama keluarganya dan akan menyelesaikan isu itu apabila pulang pada hujung minggu ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan umum enam muka surat oleh adik-beradiknya semalam. Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang dalam kenyataan itu berkata antara lain, mereka hilang kepercayaan terhadap abang mereka itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM Singapura Kecewa Sikap Adik-Beradik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top