My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 10 June 2017

    Kia Sorento Tampil Maskulin


    Kehadiran pelbagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan oleh syarikat pengeluar automotif memperlihatkan betapa pentingnya segmen pasaran SUV tidak kira bersaiz besar ataupun kompak. Minat pengguna kepada segmen SUV menyebabkan banyak syarikat automotif mula menunjukkan taring masing-masing dengan mempertaruhkan model terbaru. 

    Tidak ketinggalan gergasi automotif dari Korea Selatan yang menampilkan model SUV terbarunya, Kia Sorento 2016 generasi baru dengan reka bentuk luaran dan dalaman serba baru berbeza berbanding model terdahulu.

    Kehadiran model ini jelas menggabungkan aspek gaya, praktikal dan teknologi dalam bentuk premium malah sekilas pandang reka bentuk luarannya kelihatan lebih besar seakan mirip sebuah SUV buatan Jerman.

    Mungkin itu disebabkan oleh sentuhan Ketua Reka Bentuk Kia Motors, Peter Schreyer dari Jerman yang berjaya mengubah dimensi dan arah tuju rekaan masa depan kenderaan Kia yang lebih moden serta kelihatan premium.

    Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan Kia di negara ini memperkenalkan model SUV tujuh tempat duduk ini yang didatangkan dengan varian spesifikasi tertinggi iaitu 2.4 HS menggunakan enjin petrol dan varian diesel pula digerakkan oleh enjin R 2.2 CRDi.

    Reka bentuk luaran

    Karakter paling menyerlah ialah reka bentuk gril hadapan yang lebih besar dengan jeriji radiator ‘tiger nose’ bersama kemasan hitam dan krom di bahagian bampar bawah serta bahagian sisi pintu, panel pintu dan bampar belakang.

    Hasilnya, model ini kelihatan elegan dan bergaya. Manakala profil garis badannya yang aerodinamik dan mantap selain tampil garang dengan lampu utama jenis projektor dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Padanan rim aloi krom 19 inci dengan tayar 235/55 nampak cukup garang.

    Mengikut spesifikasinya, reka bentuk aerodinamik Sorento generasi baru ini lebih baik berbanding model terdahulu sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan penjimatan minyak. Meskipun bersaiz agak besar, sebenarnya agak mudah mengendalikan SUV ini sama ada dipandu di lebuh raya mahupun di jalan raya sekitar bandar.

    Ruang dalaman

    Sorento menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Kemasan material lembut meningkatkan lagi kemewahan jentera ini. Model ini juga memiliki ruangan kaki yang selesa untuk pemandu serta penumpang, malah ruangan tengah bahagian belakang dilengkapi corong pendingin hawa juga memberikan keselesaan untuk kehadiran tiga penumpang dewasa.

    Apa yang menarik kerusi saduran kulit pemandu boleh dilaras secara elektronik mengikut keselesaan manakala penumpang belakang baris kedua duduk lebih selesa dengan menggunakan tirai tingkap untuk mengelakkan sinaran cahaya matahari.

    Stereng tiga jejarinya pula dipadankan suis kawalan audio dan paparan panel meter bagi memberikan pelbagai informasi mengenai kenderaan seperti purata penggunaan minyak, jarak perbatuan sebelum tangki kosong dan trip meter memudahkan pemandu memberikan tumpuan sepenuhnya di jalan raya. 

    Selain itu, tidak lengkap jika model ini tidak dipadankan dengan butang penghidup enjin dan kamera pandang belakang, malah suis kawalan pendingin hawa dua zon dan paparan logo KIA menyerlahkan lagi ciri moden serta gaya sporty.

    Sistem hiburannya pula memiliki enam pembesar suara bersama sambungan USB/AUX menyajikan bunyi yang menyeronokkan. Bagi mereka yang mahu kelainan dalam pemanduan, boleh memilih tiga mod automatik berbeza iaitu Eco, Normal dan Sport tetapi jika mahu lebih ‘pikap’ gaya kereta Formula Satu (F1) terus bertukar kepada pedal penukar gear manual enam kelajuan pada tombol gear.
    Untuk memberi kemudahan kepada pemandu dan penumpang, ia dilengkapi skrin TFT LCD bersaiz tujuh inci dan bukan itu sahaja, tempat duduknya boleh dilipat dengan beberapa konfigurasi, selain ciri-ciri seperti Smart Parking Assist System, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan banyak lagi (bergantung pada varian yang dipilih).

    Kemantapan pengendalian disumbangkan oleh penggunakan topang MacPherson dan suspensi jenis Multi-Link di belakang. Sistem pacuan semua roda turut membantu Sorento mendapat cengkaman dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh atau mengharung laluan off-road.

    Bukan itu sahaja, tempat duduknya boleh dilipat dengan beberapa konfigurasi, selain ciri-ciri seperti Smart Parking Assist System, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan banyak lagi (bergantung kepada varian yang dipilih).

    Enjin berkuasa

    Varian petrol dikuasakan enjin Theta II 2.4 MPI dengan Dual Continuously Variable Valve Timing (CVVT) yang mampu menjana 171PS dan tork 224.6 Nm. Sementara model diesel pula digerakkan enjin R 2.2 CRDi berkuasa 200PS dan tork maksimum 441.3Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan kotak gear automatic enam kelajuan.

    Sesuai dengan gaya bandar, Sorento dipadankan enjin 2.4 liter yang cukup untuk memacu kenderaan dalam pelbagai keadaan, malah transmisi automatik enam kelajuan konvensional yang digunakan juga bertindak baik dalam penukaran gear.

    Bagaimanapun, reka bentuk aerodinamiknya mampu memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding model terdahulu dengan kapasiti penuh tangki minyak ialah 71 liter. 

    Untuk menikmati penjimatan minyak dalam semua pemanduan, anda boleh menekan mod pemanduan ECO cuma terasa pikapnya terjejas tetapi apabila butang mod Sport ditekan, corak pemanduan lebih agresif tetapi takuk minyak berubah lebih pantas.

    Dari segi harga pula, Sorento petrol 2.4HS boleh anda miliki pada harga RM174,810 dan turut hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. Kemantapan pengendalian disumbangkan oleh penggunakan topang MacPherson dan suspensi jenis Multi-Link di belakang.

    Sistem pacuan semua roda turut membantu Sorento mendapat cengkaman dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh atau mengharung laluan off-road. Kedua-dua varian Sorento didatangkan dengan enam beg udara, Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS) Hill-Start Assist Control (HAC) dan sebagainya.

    Maka tidak hairanlah jika Sorento mendapat penarafan lima bintang daripada Euro NCAP dan NHTSA NCAP. Sorento hadir dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan perak. 

    Sistem keselamatan SUV ini dilengkapi ciri keselamatan termasuk enam beg udara (berkembar hadapan, bidai dan sisi), Sistem Brek Antikekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dan Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC). 

    Berdasarkan spesifikasinya, tahap ciri keselamatan SUV terbaru ini meliputi rekabentuk badannya ditingkatkan kepada 53 peratus berbanding 24 peratus bagi model sebelumnya. Selain itu, model ini turut dipadankan dengan kerusi Isofix dan sistem pemantauan tekanan tayar serta sensor pengesan jarak hadapan dan belakang.

    Bagi kemudahan untuk memarkir, SUV ini dipadankan dengan sistem bantuan parkir pintar (SPAS), menggunakan sistem sensor di seluruh bahagian kenderaan ini banyak membantu khususnya jika pemandunya seorang wanita.

    Malah satu ciri yang boleh dipuji ialah sistem kunci pintar bagi membuka ruang hud belakang dengan hanya menekan butang kawalan jauh manakala butang khas ditekan untuk menurunkan hud berkenaan. Sorento baru ini didatangkan dengan pilihan warna Snow White Pearl, Aurora White Pearl dan Silky Silver.

    INFO KIA SORENTO

    • Enjin: 2.4L, MPI, Dual CVVT
    • Kuasa maksimum: 171PS @ 6,000rpm
    • Tork maksimum: 224.6Nm @ 4,000rpm
    • Transmisi: Automatik 6 kelajuan CVVT
    • Ciri-ciri keselamatan: 6 beg udara, ABS, ESC, HAC dan VSM.
    • Harga: RM175,888 (termasuk GST dan insurans)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kia Sorento Tampil Maskulin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top