• PANAS

    Tuesday, 20 June 2017

    Gambar Bogel Bersama Lelaki Bongkar Rahsia Gadis



    Polis Kuching menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata penahanan itu dilakukan berdasarkan laporan seorang suri rumah yang merupakan ibu mangsa pada Sabtu lalu. 

    Menurutnya, sebelum itu pengadu telah menerima mesej yang mamaparkan gambar bogel mangsa bersama seorang lelaki tidak dikenali. “Ketika ditanya ibunya, mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Jalan Abell pada 1 September tahun lalu sekitar jam 3 pagi,” katanya.

    Abang Ahmad berkata ketika kejadian mangsa dan suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol selepas pulang dari pusat hiburan. Hasil siasatan, katanya mangsa mengaku telah dirogol oleh suspek yang bertugas di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching. Mangsa berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

    "Pemeriksaan oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapati terdapat kesan koyakan lama di bahagian alat sulit mangsa. “Sehubungan itu, bertindak atas laporan ini, sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching telah berjaya menahan suspek yang berasal dari Sabah semalam kira-kira jam 2 petang,” katanya.

    Menurut Abang Ahmad, kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol terhadap gadis bawah umur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gambar Bogel Bersama Lelaki Bongkar Rahsia Gadis Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top