My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 October 2017

    Wanita Temui Ajal Ditikam Sepupu



    Seorang lelaki bertindak ganas apabila menikam muka dan bahu sepupunya sendiri menggunakan pisau serta gun­ting dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temerloh Makmur, Temerloh dekat sini kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa, Robiatul Ain Mohamod, 27, yang juga anak seorang anggota polis disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

    Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek ke atas mangsa selepas lelaki itu dituduh mencuri dan menghisap dadah di dalam rumah wanita tersebut.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ne­geri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga pekerja kedai mencuci kereta di belakang sebuah rumah kosong yang terletak 70 meter dari tempat kejadian.

    “Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh bapa dan adik lelaki selepas dihubungi jiran yang terdengar bunyi bising dari rumah berkenaan. Mereka kemudian menghantar mangsa­ ke hospital untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 10.37 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Temui Ajal Ditikam Sepupu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top