My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 October 2017

    Tiga Ahli Politik Disambung Reman 3 Hari



    Tahanan reman terhadap tiga ahli politik di Sabah bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 bilion dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disambung tiga hari lagi sehingga Selasa ini. 

    Mereka adalah Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim.

    Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Mohd Aizat Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, semalam. Mereka sebelum ini ditahan reman selama lima hari bermula Selasa lalu.

    Terdahulu, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu membebaskan seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun yang sebelum ini ditahan reman selama sembilan hari bagi membantu siasatan kes sama.

    Suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM200,000 termasuk deposit RM100,000 dengan dua penjamin. Setakat ini, seramai tujuh individu ditahan di Sabah dan Putrajaya termasuk empat ahli politik bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes berkenaan.

    Di Sabah, dua lagi individu yang ditahan reman sebelum ini ialah Naib Presiden WARISAN Datuk Peter Anthony, 46, dan adik kepada bekas Menteri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Hamid, 52.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Ahli Politik Disambung Reman 3 Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top