PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk beliau merapatkan jurang dengan pengurusan pasukan kebangsaan. Menurut Tunku Mahkota Johor, sejak beberapa bulan lalu beliau terlalu memberi banyak peluang kepada organisasi pasukan kebangsaan untuk memilih pemain dan membuat keputusan sendiri.
“Jurang saya dengan organisasi pasukan kebangsaan agak besar sekarang. Sudah tiba masa saya lebih dekat, lebih banyak bersuara dengan mereka. Untuk beberapa bulan sebelum ini, saya bagi mereka kebebasan, pilih (pemain) mana hendak pilih. Tak hendak pilih pun tak apa, buat apa yang hendak buat yang penting (dapat) keputusan baik.”
“Saya bukan suka-suka nak masuk campur... tetapi saya terpaksa. Apa yang penting adalah teras dalam sesuatu pasukan itu. Saya mahu perubahan drastik, tapi perubahan drastik perlukan masa,” katanya.
Tunku Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi soal jawab di JDT Cafe di sini, malam tadi. Ia diadakan berikutan kekalahan 2-0 skuad kebangsaan di tangan Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia di Hong Kong semalam.
Sesi soal jawab disertai ahli panel jemputan antaranya Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad yang juga pengulas sukan bola sepak, Vijhay Vick dari FourFourTwo dan Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata, dia tidak menyalahkan insiden kad merah Safiq Rahim dalam perlawanan menentang Hong Kong, semalam.
“Tak berapa tinggi sangat...harapan. Bermain dengan 10 pemain, apa kita boleh buat, akan ada lebih banyak kekalahan pada masa akan datang. Walaupun sukar untuk diterima.” Saya tak salahkan dia. Bukan dia seorang perlu disalahkan, (sebaliknya) semua,” katanya.
0 comments:
Post a Comment