My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 October 2017

    Cipta Peluang Melalui Pajakan Pesawat




    DALAM mempelbagaikan pelan perniagaan baharu bagi kembali mengaut keuntungan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) terbuka untuk berkongsi atau bekerjasama melalui kaedah pajakan semula pesawat dengan mana-mana syarikat penerbangan sedia ada. 

    Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata, sudah menjadi lumrah industri penerbangan dunia kini apabila memiliki kepentingan dalam sesebuah syarikat penerbangan yang lain.

    Katanya, dengan kaedah pajakan pesawat misalnya kedua-dua syarikat boleh bekerjasama rapat mencipta peluang perniagaan lebih luas, membeli pesawat, perkongsian kod penerbangan, berkongsi pesawat dan sebagainya secara bersama-sama.

    "Sehingga kini belum ada syarikat penerbangan di Asia Tenggara yang berbuat demikian dengan mana-mana syarikat penerbangan asing dari serata dunia. Seharusnya kita tidak lagi perlu memikirkan apa perkara buruk yang berlaku kepada MAB (insiden dua pesawat MH370 dan MH17 pada 2014) sebelum ini sebaliknya terus memikirkan masa depan.

    "Apa yang berlaku dalam tempoh 12 bulan ini, MAB sudah kembali mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Agensi Penerbangan Eropah dan ia adalah satu langkah yang amat baik," katanya ketika ditemui wartawan Malaysia selepas melawat tiga dari enam pesawat berbadan lebar A350-900 yang kini dalam proses disiapkan di Toulouse, Perancis, semalam.

    Beliau berkata, setakat ini, pelan perniagaan itu masih dalam cadangan dan tiada lagi mana-mana syarikat penerbangan yang menghubungi MAB mengenainya.

    Malah, beliau juga bercadang mengambil lebih ramai kakitangan baharu yang lebih berpengalaman terutama dalam bidang kejuruteraan dan digital untuk memastikan bahagian kejuruteraan MAB kembali menjadi antara yang terbaik dan pernah dikecapi sebelum ini.

    "Adalah lebih baik berkongsi dengan syarikat lain seperti Airbus daripada melakukannya bersendirian," katanya.

    Bercakap mengenai lawatannya itu, Peter berkata, MAB akan menerima pesawat generasi baharu pertama A350-900 pada minggu pertama Disember ini dan menerima baki lima lagi pesawat pada Januari, Februari dan Jun tahun depan.

    Katanya, pesawat model terbaru Airbus itu dijangka menyediakan sektor penerangan Kuala Lumpur-London bagi menggantikan pesawat Jumbo A380 pada tahun depan. Menurutnya, pesawat A380 itu pula akan digunakan untuk penerbangan haji dan umrah sebaik pesawat A350 diterima dan tempahan bagi penumpang merasai pesawat serba baru itu boleh dibuat sekarang untuk ke London, Januari ini. 

    "Empat daripada enam pesawat A350 ini akan digunakan untuk penerbangan ke London manakala dua lagi pesawat masih dalam peringkat perbincangan," katanya. MAB memiliki pesawat canggih generasi baharu itu melalui pajakan selama 12 tahun daripada Aircraft Lease Corporation (ALC) .

    Ia dikuasakan dengan dua enjin tujahan termaju Rolls Royce, khusus untuk laluan premium dan menyediakan tiga kelas penerbangan. Pesawat ini mampu menjimatkan kos penerbangan sebanyak 25 peratus iaitu minyak, penyelenggaraan dan pencemaran serta amat selesa kerana menyediakan ruang dalam pesawat yang serba canggih untuk kepuasan pelanggan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cipta Peluang Melalui Pajakan Pesawat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top