Samsung menjalankan kempen agresif untuk model terbarunya, Galaxy Note8 dengan menampilkan paparan interaktif di beberapa lokasi popular dunia.
Pada 25 September lalu, paparan berkaitan Galaxy Note8 mula dipertontonkan di stesen kereta api paling sibuk di Britain iaitu stesen Waterloo di London dengan memaparkan imej yang menarik perhatian pengguna. Kempen yang sama dilakukan di Time’s Square, New York di mana lokasi berkenaan menjadi tumpuan pelancong dengan anggaran 380,000 kunjungan setiap hari.
Ia menampilkan potret yang dihasilkan menggunakan S Pen, ilustrasi animasi dan imej unik Galaxy Note8 di atas paparan 43 skrin. Selain lokasi berkenaan, kempen sama turut dijalankan di Place de la Concorde di Paris, Perancis, City Palace di Berlin, Jerman, Castel Sant’Angelo di Rome dan Piazza XXIV Maggio di Milan, Itali serta Paragon di Singapura.
0 comments:
Post a Comment