Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Hrithik Roshan ‘membuka mulut’ mengenai spekulasi hubungannya dengan Kangana Ranaut. Hrithik meluahkan segala isi hatinya dalam satu temu bual dengan Republic TV, baru-baru ini.
“Saya diam kerana tak mahu kenyataan disalah anggap, tetapi lain pula jadinya apabila ditafsirkan ia adalah kelemahan saya. Kami tidak pernah bercinta dan tak pernah keluar berdua. Saya hanya mengagumi bakat lakonannya kerana dia pelakon yang sangat bagus.
“Sesuatu perkara itu tidak akan memberi kesan selagi ia tidak mengganggu hidup saya dan keluarga. Sudah empat tahun cerita ini bertebaran dan cukuplah setakat ini. Saya tak suka bergaduh dengan sesiapa. Ketika bercerai pun saya tidak bergaduh dengan bekas isteri (Susanne Khan),” katanya.
Mengimbas semula pertemuannya dengan Kangana, mereka bertemu pada 2008 ketika berlakon dalam filem Kites, Krrish dan Krrish 3. “Kangana memakluman ketika dia berusia sekitar lapan atau sembilan tahun, dia meminati saya dan bercita-cita menjadi pelakon. Dia seorang yang sangat pemalu,” katanya.
Meneruskan ceritanya, Hrithik berkata, selepas tamat penggambaran Krrish 3, produksi mengadakan parti di Jordan. “Di parti itu dia mahu berbual tetapi saya kepenatan dan mahu berehat di bilik hotel. Dia datang mengetuk pintu bilik saya dalam keadaan mabuk dan saya memanggil kakaknya, Rangoli supaya membawa dia kembali ke bilik.
“Keesokannya saya menerima e-mel yang kandungannya merepek daripada Kangana dan Rangoli menuduh saya menceroboh e-mel adiknya. Saya malas nak memanjangkan mengenai e-mel itu, saya tak buat laporan dan tak suka buat kecoh kerana ada anak.
“Ia tak penting pun, jadi saya lupakan saja hal itu dan terus hidup seperti biasa. Cukup-cukuplah Kangana,” katanya.
Namun, disebabkan Kangana terus cuba mendedahkan ‘cinta mereka’ dan menuduhnya yang bukan-bukan termasuk isu e-mel itu, baru-baru ini Hrithik memfailkan aduan kepada Jabatan Jenayah Siber walaupun pada mulanya dia enggan berbuat demikian.
0 comments:
Post a Comment